Hari Raya Korban Aidil Adha

Thursday, December 4, 2008

Hari Raya Korban Aidil Adha

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.  

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT 

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.  

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri. 

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. 

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjungi Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Salam Aidilfitri

Thursday, September 25, 2008


Kredit: iluvislam.com

Rindunya....

Tuesday, September 23, 2008

Salam...

Lamanya tak blogging...tersangatla busy sampai 2 minggu lebih tak blog...rindunya nak coret-coret sikit kat sini...banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul...dahlah raya makin dekat ni...semua rasa ada...best..happy..syahdu...dan pelbagai lagilah...tak sabar nak raya...huhuhuhu^_^

to be continued..

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Monday, September 8, 2008

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIRROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadis Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barang siapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL <
http://qs.al/> Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barang siapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barang siapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barang siapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barang siapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sumber: Dapat dari e-mel.

Rindunya nak berblog

Thursday, September 4, 2008

Assalamualaikum...

Lamanya tak tulis blog....hampir dua minggu...
Sibuk dengan kursus dan cuti sambut Kemerdekaan Malaysia Ke-51 dan juga Ramadhan yang menjelang.

Hari ini baru berkesempatan menjengah ke ruangan blog.

9 SIFAT PEREMPUAN YANG MENJADI PERHATIAN

Sunday, August 17, 2008

1.Sikap Keibuan Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.Keanak-anakkan Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih seghairah.

3.Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.Menghargai Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.Pandai berbicara Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respons dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

8.Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

9 SEBAB-SEBAB HATI TAK BAHAGIA

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama. - derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja yang banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg ni no komen).. pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.

11 Ogos 2008

Wednesday, August 13, 2008

Salam,
Hari ini masuk kerja pukul 7.50 pagi, seperti biasa aktiviti letak tas tangan, beg kerja, ‘on’ kan lampu pejabat, mesin fotostat...tiba-tiba mata terpandang kat meja pc, ada sesuatu yang ganjil...kotak kecil, comel, dan berwarna merah...hati saya tersenyum, terukir senyuman manis, saya tertanya-tanya siapa yang bagi ni??hmmm....siapa ya?ada kertas sisipan yang kecil disisip di kotak kecil itu, saya membukanya untuk mengetahui siapakah gerangan yang memberi hadiah comel ini?hah..!!!terkejut dan terkaku sekejap..

Saya hanya tersenyum dan merasa malu sangat, ia dari bos saya. Tak pernah pun di fikiran ini membayangkan bahawa saya akan diberi hadiah secomel ini. Terima kasih bos...terima kasih...hati kecil ini begitu girang sekali. Malu pun ada, muka saya merah padam sangat. Seorang bos yang begitu ikhlas memohon maaf daripada saya, dia berasa bersalah kerana hal sebelum ini. Saya tidak pernah menyalahkannya dengan apa yang berlaku. Saya fikir semua ini “ada hikmah yang berlaku”. Terima kasih bos...ku ucapkan sekali lagi
.

Penat, Sedih & Merajuk

Salam,

Dalam minggu ini saja banyak kerja yang perlu dilakukan...penat, penat dan penat bila memikirkan tanggungjawab yang semakin bertambah ini. Mana nak fikir mesyuarat, kerja yang semakin banyak dan perlu dipikul, dan macam-macam lagi.

Sedih sangat kalau kerja yang disiapkan tetapi tidak memuaskan semua pihak. Ada sahaja yang tidak puas hati. Saya sedih sangat bila memikirkan diri ini dipersalahkan walhal hanya benda yang kecil sahaja. Tambahan pula, pada masa itu saya yang perlu dipertanggungjawab dalam kerja yang dilakukan. Saya keseorangan...saya merajuk dengan seseorang, dia membuatkan saya menjadi kerdil dan terpaksa menanggung segala yang dipersalahkan...hati kecil ini begitu tersentuh apabila ditekan dan dipersalahkan.

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

Tuesday, August 5, 2008

DISEMBER
· Sangat setia dan pemurah
· Bersifat patriotik
· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
· Bercita-cita tinggi
· Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
· Seronok didampingi
· Suka bercampur dengan orang
· Suka dipuji,diberi perhatian dan suka dibelai
· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
· Tidak pandai berpura-pura
· Cepat marah
· Perangai yang berubah-ubah
· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
· Benci pada kongkongan
· Suka berlawak
· Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

CINTA MENGIKUT BULAN LAHIR ANDA

Sunday, August 3, 2008

CINTA MENGIKUT BULAN LAHIR ANDA

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan
- Benci bila dikongkong
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

Tadi round-round kat Internet pastu terjumpa forum pasal cinta & persahabatan yang menerangkan cinta mengikut bulan lahir anda...saya punya Disember...hehehehe..^_^
blom lagi pernah bercinta..hmm...kena bercintalah kalau nak tahu betul ke tidak?? ^_^

PENGERTIAN ISRA' MIKRAJ

Tuesday, July 29, 2008

PENGERTIAN ISRA' MIKRAJ

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah SAW dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi SAW ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Taala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Isra' membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad SAW yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi rohi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan roh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi sama ada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi SAW lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ".

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar. Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah SAW tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad. Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah SAW tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda SAW tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah SAW menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi SAW mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda SAW terus melakukannya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi SAW menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi SAW itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi SAW telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu. Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah SAW dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda SAW menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah SAW dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah.

Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi mungkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi mungkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi pelacuran, mengehadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah SAW telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda SAW telah tercium bauan harum Mashitah dan keluarga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.

Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur di manakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati. Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan di singgahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.

Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardukan ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.

Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan di setiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan di akhirat nanti. Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud :

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "


Sumber: Web Darululum

Penat

Salam,

Hari ini rasa penat sangat..terkejar ke sana terkejar ke sini...dahla banyak kerja menimbun atas meja...banyak benda yang perlu disiapkan dalam minggu ni...Esok cuti Israk & Mikraj...

One love

Monday, July 28, 2008

Higher than the sky above you
Clearer than blue
Brighter than the rays of sunshine
Warmer than what you feel
More than all the wonders you see
It's the most wonderful thing

Brighter than the living colors of flowers you see
Sweeter than the touch of water
Flowing from the mountain spring
More than all the wonders you see
It's the most wonderful thing

One love...
I love you so
Love is the beautiful one
I love you so
Love is the beautiful one
All we need is love
Real love

Marvel at the sight of green fields
amazingly seen
Watch the colors of the rainbow
it’s a miracle you see
more than all the wonders can be
but there's more than that

One Love...
I love you so
Love is the beautiful one
Greater than what you can feel
more than what you ever dreamed
this is better than your everything
one love...

I love you so
Love is the beautiful one
All we need is love

one love...

Terus Mencari

Salam,

Time lunch..buka blog nak hias lagi apa yang patut..rasa cam tak puas hati ja bila buka blog sendiri...orang lain punya blog, blog cantik-cantik belaka..tetiba saya menjengah ke ruangan Blogger Template...terdapat pelbagai layout yang menarik...apa lagi...terus mencari yang mana sesuai dan berkenan di hati. Akhirnya saya memilih layout flora biru ini...sangat cantik dan praktikal. Tanpa membuang masa saya terus menukar layout blog ini yang baru. Simple dan menarik...lagipun ia sesuai dengan saya yang gemarkan suasana yang simple dan menepati citarasa saya layout berwarna biru ^_^

Kerja

Salam,

Hari ini pon banyak kerja yang perlu dilakukan. Kerja yang menimbun memerlukan daya ketahanan yang tinggi untuk menyiapkannya.

Hari-hari yang akan mendatang

Sunday, July 27, 2008

Salam,

Hari ini saya memulakan kerja seperti biasa...banyak yang perlu dilakukan setelah dua hari bercuti..hmmm..kena bahagikan masa antara kerja antara dunia blog sebab sekarang saya sudah demam blog...banyak sebenarnya yang ingin diterokai dalam dunia blog ini..masih banyak yang perlu belajar. Hari ini saya mencuba pelbagai skin yang hendak digunakan dalam ruangan blog saya. Terdapat pelabgai pilihan yang menarik namun masih tidak kena pada keinginan diri ini. Akhirnya, saya memilih tema Butterfly yang berlatarbelakangkan warna hitam dan sedikit merah..walaupun ianya bukanlah warna kesukaan saya. Warnanya yang terang dan jelas membuatkan saya untuk menggunakannya.

Esok Cuti

Thursday, July 24, 2008

Tengah memikirkan apa yang perlu dilakukan esok...esok cuti...kena ada aktiviti yang menarik untuk dibuat bagi mengisi masa lapang.

Masih banyak lagi yang perlu dilakukan

Salam,

Hari ini banyak perkara yang perlu dilakukan. Amanah yang diberikan mestilah disempurnakan dengan berhemah.

Banyak Kerja

Wednesday, July 23, 2008

Salam,

Hari ini banyak kerja yang perlu dilakukan.

Ingin Mencuba

Tuesday, July 22, 2008

Salam,

Pagi-pagi lagi selepas "on' kan pc terus ja buka blog..nak tulis apa yang akan terjadi pada hari ini....ingin mencuba apa yang menarik dan kandungan di dalam blog ini...rasa best lak bila dah ada blog sendiri..kebiasaannya hanya menjadi pembaca blog orang sahaja...hehehe...hari ini rasa best sangat sebab dapat explore banyak benda baru dalam ruangan blog ini.

Pertama Kali Mencuba

Monday, July 21, 2008


Salam,

Pertama kali saya mencoret di ruangan maya ini. Entah kenapa hati ini terdetik ingin membina laman sesawang blog ini..mungkin tertarik dengan perkembangan semasa di mana para bloggers berlumba-lumba menjadi bloggers yang hebat..Saban hari, kita mendengar betapa hebatnya blog menawan dunia teknologi maklumat pada masa kini. Ini baru percubaan...

 

Hanna Jauhary | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates