Salam,
Hari ini masuk kerja pukul 7.50 pagi, seperti biasa aktiviti letak tas tangan, beg kerja, ‘on’ kan lampu pejabat, mesin fotostat...tiba-tiba mata terpandang kat meja pc, ada sesuatu yang ganjil...kotak kecil, comel, dan berwarna merah...hati saya tersenyum, terukir senyuman manis, saya tertanya-tanya siapa yang bagi ni??hmmm....siapa ya?ada kertas sisipan yang kecil disisip di kotak kecil itu, saya membukanya untuk mengetahui siapakah gerangan yang memberi hadiah comel ini?hah..!!!terkejut dan terkaku sekejap..
Saya hanya tersenyum dan merasa malu sangat, ia dari bos saya. Tak pernah pun di fikiran ini membayangkan bahawa saya akan diberi hadiah secomel ini. Terima kasih bos...terima kasih...hati kecil ini begitu girang sekali. Malu pun ada, muka saya merah padam sangat. Seorang bos yang begitu ikhlas memohon maaf daripada saya, dia berasa bersalah kerana hal sebelum ini. Saya tidak pernah menyalahkannya dengan apa yang berlaku. Saya fikir semua ini “ada hikmah yang berlaku”. Terima kasih bos...ku ucapkan sekali lagi.

0 comments:
Post a Comment