PENGERTIAN ISRA' MIKRAJ

Tuesday, July 29, 2008

PENGERTIAN ISRA' MIKRAJ

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah SAW dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi SAW ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Taala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Isra' membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad SAW yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi rohi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan roh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi sama ada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi SAW lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ".

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar. Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah SAW tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad. Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah SAW tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda SAW tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah SAW menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi SAW mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda SAW terus melakukannya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi SAW menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi SAW itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi SAW telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu. Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah SAW dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda SAW menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah SAW dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah.

Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi mungkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi mungkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi pelacuran, mengehadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah SAW telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda SAW telah tercium bauan harum Mashitah dan keluarga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.

Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur di manakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati. Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan di singgahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.

Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardukan ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.

Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan di setiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan di akhirat nanti. Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud :

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "


Sumber: Web Darululum

Penat

Salam,

Hari ini rasa penat sangat..terkejar ke sana terkejar ke sini...dahla banyak kerja menimbun atas meja...banyak benda yang perlu disiapkan dalam minggu ni...Esok cuti Israk & Mikraj...

One love

Monday, July 28, 2008

Higher than the sky above you
Clearer than blue
Brighter than the rays of sunshine
Warmer than what you feel
More than all the wonders you see
It's the most wonderful thing

Brighter than the living colors of flowers you see
Sweeter than the touch of water
Flowing from the mountain spring
More than all the wonders you see
It's the most wonderful thing

One love...
I love you so
Love is the beautiful one
I love you so
Love is the beautiful one
All we need is love
Real love

Marvel at the sight of green fields
amazingly seen
Watch the colors of the rainbow
it’s a miracle you see
more than all the wonders can be
but there's more than that

One Love...
I love you so
Love is the beautiful one
Greater than what you can feel
more than what you ever dreamed
this is better than your everything
one love...

I love you so
Love is the beautiful one
All we need is love

one love...

Terus Mencari

Salam,

Time lunch..buka blog nak hias lagi apa yang patut..rasa cam tak puas hati ja bila buka blog sendiri...orang lain punya blog, blog cantik-cantik belaka..tetiba saya menjengah ke ruangan Blogger Template...terdapat pelbagai layout yang menarik...apa lagi...terus mencari yang mana sesuai dan berkenan di hati. Akhirnya saya memilih layout flora biru ini...sangat cantik dan praktikal. Tanpa membuang masa saya terus menukar layout blog ini yang baru. Simple dan menarik...lagipun ia sesuai dengan saya yang gemarkan suasana yang simple dan menepati citarasa saya layout berwarna biru ^_^

Kerja

Salam,

Hari ini pon banyak kerja yang perlu dilakukan. Kerja yang menimbun memerlukan daya ketahanan yang tinggi untuk menyiapkannya.

Hari-hari yang akan mendatang

Sunday, July 27, 2008

Salam,

Hari ini saya memulakan kerja seperti biasa...banyak yang perlu dilakukan setelah dua hari bercuti..hmmm..kena bahagikan masa antara kerja antara dunia blog sebab sekarang saya sudah demam blog...banyak sebenarnya yang ingin diterokai dalam dunia blog ini..masih banyak yang perlu belajar. Hari ini saya mencuba pelbagai skin yang hendak digunakan dalam ruangan blog saya. Terdapat pelabgai pilihan yang menarik namun masih tidak kena pada keinginan diri ini. Akhirnya, saya memilih tema Butterfly yang berlatarbelakangkan warna hitam dan sedikit merah..walaupun ianya bukanlah warna kesukaan saya. Warnanya yang terang dan jelas membuatkan saya untuk menggunakannya.

Esok Cuti

Thursday, July 24, 2008

Tengah memikirkan apa yang perlu dilakukan esok...esok cuti...kena ada aktiviti yang menarik untuk dibuat bagi mengisi masa lapang.

Masih banyak lagi yang perlu dilakukan

Salam,

Hari ini banyak perkara yang perlu dilakukan. Amanah yang diberikan mestilah disempurnakan dengan berhemah.

Banyak Kerja

Wednesday, July 23, 2008

Salam,

Hari ini banyak kerja yang perlu dilakukan.

Ingin Mencuba

Tuesday, July 22, 2008

Salam,

Pagi-pagi lagi selepas "on' kan pc terus ja buka blog..nak tulis apa yang akan terjadi pada hari ini....ingin mencuba apa yang menarik dan kandungan di dalam blog ini...rasa best lak bila dah ada blog sendiri..kebiasaannya hanya menjadi pembaca blog orang sahaja...hehehe...hari ini rasa best sangat sebab dapat explore banyak benda baru dalam ruangan blog ini.

Pertama Kali Mencuba

Monday, July 21, 2008


Salam,

Pertama kali saya mencoret di ruangan maya ini. Entah kenapa hati ini terdetik ingin membina laman sesawang blog ini..mungkin tertarik dengan perkembangan semasa di mana para bloggers berlumba-lumba menjadi bloggers yang hebat..Saban hari, kita mendengar betapa hebatnya blog menawan dunia teknologi maklumat pada masa kini. Ini baru percubaan...

Quotes

 

Hanna Jauhary | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates